Pernah Diamalkan Di Zaman Jahiliah, Peniaga Dinasihati Jauhi Trend Cedok-cedok Viral

Viral dalam tiktok cedok-cedok, sekali cedok RM5 , RM50 dapat banyak item, dari jajan, kerongsang, mekap sampailah emas.

Hati-hati ya. Nampak fun, best, seronok tapi teliti dulu.

viral
cedok viral

Kenapa?

Beberapa orang agamawan telah mengulas isu ini.

Jom baca selanjutnya:

JUAL BELI ‘CEDOK’ ADALAH JUAL BELI ‘GHARAR’

Jual beli ‘cedok’ yang semakin popular pada hari ini adalah satu jual beli yang gharar. Ini kerana pembeli tidak mengetahui dengan jelas apakah barang yang akan mereka dapat.

Kaedahnya ialah, pembeli akan menetapkan nilai dan harga belian bagi barang tersebut, kemudian peniaga akan mencedok sekali atau beberapa kali. Apa sahaja yang dicedok oleh peniaga tersebut akan menjadi milik pembeli. Terdapat juga peniaga yang mencampurkan barangan yang tidak sepatutnya bagi memenuhkan bekas yang dicedok tersebut.

Kerana gharar itu ada kalanya berupa ketidaktentuan yang mendatangkan risiko kerugian kepada pihak pembeli mahupun penjual. Ini berbeza dengan risiko, gharar bukanlah satu tindakan demi keuntungan sebaliknya ia menjudikan nasibnya untuk mengalami kerugian.

Menurut Ibnu Manzur, Perkataan gharar berasal daripada kata dasar gharara yang bermaksud mendedahkan diri seseorang atau hartanya kepada kemusnahan secara tidak sedar.

Secara umumnya gharar bermaksud bahaya, bencana atau risiko.

Menurut al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, Lafaz-lafaz lain yang membawa erti yang sama ialah seperti jahalah atau ketidaktahuan, ghubn bermaksud penipuan sehingga merugikan serta tadlis membawa erti pemalsuan.

cedok viral

Dalil Larangan Gharar

Dalil larangan gharar jelas disebut di dalam hadis baginda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ بَيْعِ الْحَصَاةِ وَعَنْ بَيْعِ الْغَرَرِ
Maksudnya: Rasulullah melarang akan jual beli hashah dan jual beli gharar. (Hadis Riwayat Muslim)
Oleh itu umat Islam dinasihatkan untuk menjauhi jual beli sebegini, terdapat banyak cara lain yang lebih baik untuk dijadikan akad kepada jual beli yang jauh dari unsur gharar dan halal

Oleh:
Dr Mohd Shahid Mohd Noh

  • Ahli Panel Jawatankuasa Isu-Isu Kontemporari Islam Negeri Sembilan (JPIKINS)
  • Ketua Jabatan Syariah & Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Video Viral : Penerangan PU Amin Tentang Jual Beli Cedok

Jualan ‘cedok-cedok’: ‘Kaedah ini pernah diamalkan zaman jahiliah’- PU Amin

Seperti yang kita tahu, penjualan secara ‘cedok-cedok’ dilihat menjadi ikutan para peniaga ketika ini terutama semasa mereka mempromosikan barangan secara rakaman siaran langsung di media sosial (live).

Inilah yang membuat ramai tertarik dan berasa teruja untuk ‘join’ walaupun sekadar suka-suka.

Sumber video: Tiktok PU Amin

Ini kerana peniaga akan mencampurkan kesemua barang sama ada emas, perak, coklat dan pelbagai produk lain dalam satu bakul besar sebelum digaulkan mengunakan kaedah ‘cedok-cedok’. Kalau nasib baik, boleh dapat barang yang lebih besar nilainya berbanding apa yang kita bayar kan?

Bagaimanapun, pendakwah bebas, PU Amin tampil memberi teguran kepada para peniaga yang menjalankan perniagaan menggunakan kaedah ‘cedok-cedok’ kerana bimbang menjurus kepada hukum haram.

@beritakini8

Replying to @babaoo19 penjelasan yang jelas. hukum cedok cedok barang. gharar(haram).penjelasan ini daripada PU Amin. #kakicedok #cedok #cedoktetapcedok #gharar #puamin #ustazazharidrus #utusanmalaysia #fyp

♬ original sound – Berita Kini – Berita Kini

“Tak salah nak jual beli tetapi kena ingat, kena belajar halal haram.

“Sebenarnya amalan berniaga ‘cedok-cedok’ ini dekat dengan mulamasah dimana ia dilarang oleh Nabi Muhammad SAW dan kaedah ini pernah diamalkan di zaman jahiliah.

Nasihat PU Amin, elakkan berniaga yang mempunyai unsur ketidakpastian kerana kaedah tersebut masih tergantung dengan syarat dan menjurus kepada penganiayaan.

“Kita berniaga biar berkat, biar sedikit yang pasti ada unsur-unsur yang halal,” pesannya.

Baca juga: Petua Legakan Batuk Anak Guna Minyak Bawang Putih

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: