[VIDEO] 9 Kenderaan Salahguna Lorong Kecemasan Diminta Serah Diri – PDRM

HEBAHAN PENTING
Tarikh : 12/12/2021 (Ahad)

VIDEO TULAR (9) BUAH KENDERAAN MEMOTONG BARISAN MENGGUNAKAN LORONG KECEMASAN

Pada 12/12/2021 telah tular (1) rakaman di media sosial Facebook berdurasi 43 saat di laman Port Dickson Area menunjukkan aksi (9) buah kenderaan memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan.

Kejadian berlaku pada 12/12/2021 antara jam 2pm – 3pm. Pergerakan kenderaan semasa itu dari arah Sunggala ke arah Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban – Port Dickson.

Pihak Polis telah mengenal pasti butiran pemilik dan jenis kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut seperti berikut:
1) JSU 7346 ( Proton Ertiga )
2) NDF 1629 ( Perodua Axia )
3) ALR 7776 ( Proton Saga )
4) CBS 5433 ( Proton Gen-2 )
5) JLV 7267 ( Toyota Hilux )
6) NBM 1706 ( Proton Iswara )
7) MBG 3678 ( Mitsubisihi Triton )
8) NAV 7097 ( Proton Wira )
9) VBB 1806 ( Perodua Myvi )

Pihak Polis meminta pemilik kenderaan yang berkenaan supaya hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

Pihak Polis menyeru kepada semua pengguna jalan raya supaya tidak mementingkan diri dan mengamalkan sikap bersabar semasa memandu serta mematuhi peraturan lalulintas dalam apa jua keadaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Siasatan dijalankan bawah Sek 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Sekian Terima Kasih.
Daripada,

SUPT. AIDI SHAM BIN MOHAMED
(Ketua Polis Daerah Port Dickson)

Sumber: Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: