in

Kemaskini UPUOnline & Permohonan Baharu Lepasan STPM 2021/2022

kemaskini upuonline stpm
ADVERTISEMENT

Fasa Pengemaskinian & Permohonan Baharu UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2021/2022

Dibuka : 9 Ogos 2021 (Isnin) Jam 12.00 tengah Hari

Ditutup : 12 Ogos 2021 (Khamis) Jam 5.00 petang

FASA KEMASKINI UPUONLINE

ADVERTISEMENT

i) Lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM :

  • Kemaskini pilihan program pengajian kecuali program yang telah dipanggil temuduga dan/atau ujian.

ii) Lepasan Diploma / Setaraf :

  • Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja.

PERMOHONAN BAHARU

1. Permohonan program pengajian kecuali program pengajian temu duga dan/atau ujian.

2. Muat naik dokumen (bagi lepasan Diploma/Setaraf sahaja).

Rujuk panduan Fasa Pengemaskinian Lepasan STPM / Seteraf Sesi Akademik 2021 / 2022 di bawah:

PERMOHONAN SEDIA ADA

Panduan Fasa Pengemaskinian Kepada Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2021/2022
Permohonan sedia ada :

Kategori STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM :

  • Kemaskini pilihan program pengajian kecuali yang telah dipanggil temu duga dan/atau ujian.

Kategori Diploma/Setaraf :

  • Kemaskini keputusan akademik dan muat naik dokumen.

PERMOHONAN BAHARU

Kategori STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM :

  • Isi maklumat :
    1) Peribadi
    2) Keluarga
    3) Akademik
    4) Program pengajian kecuali program temu duga dan/atau ujian
    5) Penyataan khas

Kategori Diploma/Setaraf :

  • Isi maklumat :
    1) Peribadi
    2) Keluarga
    3) Akademik
    4) Program pengajian kecuali program temu duga dan/atau ujian
    5) Muat naik dokumen
    6) Penyataan khas

Berikut dikongsikan info lanjut matrikulasi-matrikulasi yang terdapat di seluruh negara berdasarkan jurusan / aliran yang ditawarkan.

Sila layari laman web rasmi UPU : https://upu.mohe.gov.my/

Berikut dikongsikan info sepenuhnya tentang permohonan UPUonline.

Apakah UPUOnline?

UPUOnline adalah sebuah Portal Rasmi Kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan iInstitusi Latihan Kemahiran Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu di portal http://upu.mohe.gov.my

Cara Membuat Pilihan Program Pengajian Yang Sesuai

  1. Anda boleh melayari e-Panduan Kemasukan Pelajar untuk mendapatkan senarai program pengajian yang anda minati di URL seperti berikut :-
  2. Dalam e-Panduan ini, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL http://www.semaksyarat.info. Sila pastikan anda memilih program pengajian yang layak sahaja.
  3. Selain itu, sebelum anda memilih pilihan program pengajian, anda perlu memilih tiga (3) bidang yang diminati. Senarai program pengajian yang dipaparkan adalah berdasarkan tiga (3) pilihan bidang yang telah anda pilih.

Baca juga: Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2020 & Bantuan Ke IPT 2021

Tarikh Permohonan UPUOnline Bagi Sesi Akademik 2021 / 2022

15 Jun 2021 (Selasa) Jam 12 tengah hari hingga 21 Jun 2021 (Isnin) Jam 5 petang.

Sila rujuk garis masa tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM / Setaraf sesi akademik 2021/ 2022 seperti di bawah:

Bagi pemohon yang telah memohon sebelum ini, boleh mengemaskini pilihan program pengajian.

Baca juga: Buat Persediaan Awal! Ini 10 Tips Penting Temuduga Online Ketika PKP

Maklumat Lanjut

TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL: [email protected]

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Sila layari laman web rasmi UPU : https://upu.mohe.gov.my

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 Tips Pilih Durian Banyak Isi, Sedap & Tak Keras. Baru Berbaloi!

doa akhir tahun awal tahun hijrah 2021

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah 2021/1442-1443H (Teks Arab/Rumi)