JAKIM: TEKS KHUTBAH GERHANA BULAN PENUH HARI INI (26 MEI 2021)
Pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H ini akan berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh di seluruh Malaysia.
Gerhana akan mula kelihatan di ufuk timur, selepas terbenamnya Matahari atau selepas Maghrib.Gerhana akan berakhir pada jam 8:52 malam.
Seluruh umat Islam disyariat untuk mendirikan solat sunat gerhana bulan (solat sunat Khusuf) selepas solat fardhu maghrib.
Niat Solat Sunat Gerhana
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan :
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Waktu / Cara Membaca Khutbah Gerhana Bulan
Sunat membaca khutbah selepas Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf), walaupun gerhana sudah hilang.
Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الياا فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات اهلل ال يخسفان لموت أحد وال لحياته فإذا رأيتموهما فاف عوا إلى الصالة.
Ertinya :
Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir.
Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari )
Berikut disertakan teks khutbah gerhana bulan oleh JAKIM untuk rujukan bersama.
Teks Khutbah Gerhana Bulan JAKIM (26 Mei 2021)









Muat turun / download versi PDF di bawah:
Anda juga boleh merujuk kepada e-Khutbah setiap negeri.
Berikut disenaraikan teks khutbah gerhana bulan 2021 yang dimuat turun melalui e-Khutbah Majlis Agama bagi setiap negeri.
- Wilayah Persekutuan (JAWI)
- Selangor (JAIS)
- Johor (JAINJ)
- Pahang (Jabatan Mufti Negeri Pahang)
- Perlis (Jabatan Mufti Perlis)
- Terengganu (Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu)
- Kelantan (MAIK)
- Pulau Pinang (Jabatan Mufti Pulau Pinang)
- Perak (Jabatan Mufti Perak)
- Melaka (JAIM)
- Negeri Sembilan (JHEAINS)
- Sarawak (Jabatan Mufti Sarawak)
- Sabah
Rujuk panduan lengkap solat sunat gerhana bulan : Gerhana Bulan Penuh 26 Mei: Cara Solat Sunat Khusuf & Teks Khutbah