in

Tarikh Pengumuman Puasa Bagi Tahun 2021 (1442 H) Di Malaysia

ADVERTISEMENT

Bilakah tarikh mula puasa bulan Ramadhan 2021 di Malaysia?

Untuk makluman, pengumuman tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia untuk tahun 1442H / 2021M akan dibuat oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Isnin, 12 April 2021.

Pengumuman tersebut akan disiarkan secara langsung pada jam 08:00 malam menerusi Astro Awani dan RTM1.

Tarikh permulaan 1 Ramadan 1442H / 2021M jatuh pada Selasa, 13 April 2021.

Selamat berpuasa!

Link FB Live RTM1 : https://www.facebook.com/watch/?v=1086299335226164

Cara Melihat Anak Bulan / Kaedah Penentuan Tarikh Puasa

Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.

Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilal) kelihatan ketika Matahari terbenam.

Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, samaada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila Bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.

Tarikh puasa 2021
Pengumuman tarikh puasa 2021

Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.

Secara umumnya penetuan awal bulan hijri – terutamanya bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan pergerakan Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari.

Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi atau dikenali di Malaysia sebagai ilmu falak, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun.

Tarikh Puasa 2021 & Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam

Berikut disertakan sekali tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2021 (JAKIM).

TARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 REJAB 144211 Mac 2021Israk dan Mikraj
*01 RAMADHAN 144213 April 2021* Awal Ramadan/Berpuasa
17 RAMADHAN 144229 April 2021Nuzul Al-Quran
*01 SHAWWAL 144213 Mei 2021Hari Raya Puasa/Aidilfitri
01 ZULHIJJAH 144211 Julai 2021Awal Zulhijjah
*10 ZULHIJJAH 144220 Julai 2021* Hari Raya Korban/Aidiladha
01 MUHARRAM 144310 Ogos 2021Awal Muharam/Maal Hijrah
12 RABI’ULAWAL 144319 Oktober 2021Maulidur Rasul

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ZAKAT FITRAH 2021

Kadar Zakat Fitrah 2021 Setiap Negeri Di Malaysia (1442 H)

MyKasih Kapital: Permohonan Bantuan Modal Perniagaan Untuk Wanita