Tarikh Buka Sekolah Sesi 2022 / 2023 & Jadual Penggiliran PdPR KPM

TERKINI: Tarikh buka Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023 & Jadual Penggiliran PdPR

Dalam sebuah pengumuman terkini, Dr Radzi Jidin menjelaskan bahawa KPM akan menunda pembukaan sekolah akan bermula pada 21 Mac bagi semua murid.

Namun bagi Murid Sekolah Rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka dan mengikut jadual penggiliran, manakala murid Sekolab Menengah akan mula hadir ke sekolah secara bersemuka tanpa penggiliran mulai 4 April 2022.

RINGKASAN PENGOPERASIAN & PENGGILIRAN MURID BAGI PENGGAL 3

KENYATAAN TERKINI MENTERI PENDIDIKAN PENGOPERASIAN SEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

TARIKH: 5 MAC 2022

🔹 Sekolah akan dibuka di seluruh negara mulai 21 Mac 2022

MURID SEKOLAH RENDAH

🔹 Murid sekolah rendah yang jumlah murid lebih 600 orang akan bergilir untuk murid Tahun 3, 4 dan 5. Murid lain hadir ke sekolah secara bersemuka

🔹Murid sekolah rendah yang kurang 600 orang murid hadir ke sekolah secara bersemuka

🔹10% murid sekolah rendah perlu jalani ujian saringan kendiri di rumah

MURID SEKOLAH MENENGAH

🔹Semua murid sekolah menengah akan PdPR kecuali sekolah berasrama penuh bermula 21 Mac hingga 3 April 2022

🔹Bermula 4 April 2022, semua murid sekolah menengah akan hadir ke sekolah secara bersemuka

MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH

🔹Sekolah Berasrama Penuh akan masuk ke asrama tanpa penggiliran bermula 4 April 2022 untuk murid Tingkatan 2,3,4 ,5 ,6, Pra Universiti, IBDP, Peperiksaan Antarabangsa Setara.

🔹Murid Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh boleh memilih untuk PdPR ataupun menumpang di sekolah harian yang berdekatan rumah.

KOLEJ VOKASIONAL

🔹Sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran

KOLEJ MATRIKULASI/ INSTITUT PENDIDIKAN GURU

🔹Semua murid akan hadir tanpa penggiliran

Infografik Penggiliran & PdPR Sesi Persekolahan 2022/2023

Berikut dikongsikan infografik bagi Kenyataan Media berkaitan Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah KPM bagi Sesi Persekolahan 2022/2023 yang dikeluarkan sebentar tadi.

Sesi Persekolahan Sesi 2022 / 2023 KPM

NOTA:

Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

NOTA:

Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Kalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2021/ 2023 KPM

Kongsikan-kongsikan ya!

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.moe.gov.my/takwim

Kongsikan-kongsikan ya!

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.moe.gov.my/takwim

Maklumat Lanjut Tarikh Buka Sekolah Terkini KPM

Pertanyaan mengenai tarikh buka sekolah dan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM boleh diajukan kepada TALIAN HOTLINE Bilik Gerakan Pembukaan Semula Sekolah di talian berikut:

  • 03-8884 5020
  • 03-8884 5336
  • 03-8884 5022
  • 03-8884 5122

*Sila rujuk Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dr Radzi Jidin untuk info terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *