Tarikh Tahun Baru Cina 2022 (CNY) & Cuti Tambahan Sekolah KPM

cuti tahun baru cina cny 2022

TARIKH CUTI TAHUN BARU CINA (CNY) 2022 & CUTI TAMBAHAN KPM

Tarikh cuti umum dan negeri serta perkara-perkara cuti masih tertakluk kepada pindaan rasmi oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Maklumat dalam artikel ini akan disemak secara berkala dan sekiranya terdapat perubahan, maklumat akan dikemaskini dengan kadar segera memandangkan Takwim 2022 KPM masih belum diedarkan secara rasmi.

Tahun Baru Cina atau Chinese New Year bagi tahun 2022 dijangka akan disambut pada 1 Februari 2022 (Selasa) dan 2 Februari (Rabu).

Kedua-dua hari ini merupakan cuti umum bagi semua negeri di Malaysia.

Tarikh 1 Februari ini juga merupakan Hari Wilayah dan merupakan cuti umum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

Tarikh Tahun Baru Cina 2022

Senarai Cuti Bulan Februari 2022

  • 1 Februari 2022 (Selasa) : Hari Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan
  • 1 Februari 2022 (Selasa) : Tahun Baru_Cina -Semua Negeri
  • 2 Februari 2022 (Rabu) : Tahun Baru_Cina (Hari Kedua) – Semua Negeri
cuti sekolah 2022

Adakah cuti Tahun Baru Cina jatuh pada tarikh cuti sekolah? KPM memperuntukkan 2 hari cuti tambahan seperti berikut:

CUTI CNY 2022 & CUTI SEKOLAH KPM

KUMPULAN A: Cuti CNY bermula 28 Januari 2022 (Jumaat) hingga 2 Februari 2022 (Rabu)

KUMPULAN B: Cuti CNY bermula 29 Januari 2022 (Sabtu) hingga 3 Februari 2022 (Khamis)

  • 28/1/2022 – JUMAAT
  • 29/1/2022 – SABTU
  • 30/1/2022 – AHAD (CUTI KPM BAGI)
  • 31/1/2022 – ISNIN (CUTI KPM BAGI)
  • 1/2/20222 – SELASA (CUTI UMUM CNY)
  • 2/2/2022 – RABU (CUTI UMUM CNY)

Sila rujuk Takwim Persekolahan 2022 yang dikeluarkan oleh KPM di bawah.

blank
cuti sekolah 2022
blank
blank
blank

NOTA:

Maklumat lanjut cuti sekolah KPM & Kalendar 2022 di sini : Takwim 2022: Tarikh Cuti Sekolah KPM & Kalendar Kuda

Maklumat lanjut takwim persekolahan terkini KPM : https://www.moe.gov.my/en/calendar

Harap Maklum.

tahun baru cina cny 2022

Apa Itu Tahun Baru Cina?

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.

Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.

Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.

Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat masih muda.

Tradisi ini bermaksud kebahagian yang berpanjangan.

Sepanjang perayaan ini, tarian singa akan dimainkan dari rumah ke rumah untuk memberi berkat serta kesejahteraan kepada keluarga penganut.