Sultan Selangor Beli Lukisan ‘Dewan Rakyat Penuh Monyet, Babun’

Lukisan Dewan Rakyat dipenuhi Monyet dan Babun menjadi perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan berkenan untuk membeli karya seni tersebut.

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh Facebook Selangor Royal Office memaparkan sultan sedang berdiri bersebelah lukisan sambil menatapnya.

Menurut hantaran tersebut, Sultan Sharafuddin berhasrat menggantung lukisan tersebut di bilik bacaan peribadi baginda.

Menurut hantaran tersebut lagi, Baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.

Melihat kepada gambar-gambar yang dikongsi, lukisan terbabit sangat membawa makna tersirat seperti menggambarkan apa yang berlaku di dewan rakyat negara ini.

Apa yang mencuri tumpuan pada lakaran seni itu ialah imej mirip orang hutan, monyet, babun serta katak yang berada di kedudukan kiri dan kanan Dewan Rakyat.

Binatang-binatang yang dizahirkan menunjukkan beberapa reaksi seperti ketawa, mengantuk serta ‘kelesuan’.

Bagaimanapun, setakat ini tiada penjelasan tentang pelukisnya mahupun perincian maksud di sebalik penghasilan karya tersebut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: