SPPMTD: Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195 / 2022

PERMOHONAN PENDAFTARAN TENTERA DARAT 2021 (SPPMTD)

Dimaklumkan bahawa Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021 kini dibuka.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang permohonan Tentera Darat 2021 ini.

Apakah Tentera Darat Malaysia?

Angkatan Tentera Darat merupakan cabang perkhidmatan pertahanan di bawah naungan Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan.

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu.

Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini. Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Syarat Permohonan

SYARAT ASAS

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 -25 tahun
  3. Penglihatan : Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap, tidak rabun warna
  4. Pendengaran: Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  5. Fizikal: Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi
  6. Taraf Kesihatan: Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan
  7. Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah

SYARAT FIZIKAL

  • Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  • Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  • Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0

SYARAT AKADEMIK

  • Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah

KELAYAKAN TAMBAHAN

Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

RUJUK SYARAT FIZIKAL, KELAYAKAN AKADEMIK & SYARAT KHUSUS DI SINI: http://mims.mod.gov.my/sppmtd/

HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR

  • Pemeriksaan Kesihatan.
  • Ujian Kecergasan:
    • Larian 2.4 KM – 14 minit
    • Tekan Tubi – 40 kali
    • Bangkit Tubi – 45 kali
  • Ujian Bertulis:
    • Ujian Kecerdasan (IQ)
    • Ujian Psikologi
    • Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)

SKIM GAJI KEMASUKAN KELAYAKAN AKADEMIK

  • SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
  • SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  • SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  • DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

ELAUN

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elauan Imbuhan Perumahan
  • Elaun Perjalanan

KEMUDAHAN

  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Kemudahan Kediaman
pengambilan tentera darat perajurit muda

Baca juga:

Cara Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195 / 2022

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:

NOTA: PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA

  1. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.
  2. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
  3. Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
  4. Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

Cara Pendaftaran Online Melalui SPPMTD

Permohonan awal adalah melalui pendaftaran secara atas talian (online registration) melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (SPPMTD) di

Portal Rasmi Tentera Darat

Portal Jom Masuk Tentera – Perajurit Muda (Darat)

sppmtd

Cara Memohon, Syarat Asas, Syarat Fizikal dan Kelayakan Akademik boleh dirujuk di paparan utama Sistem Pengambilan Perajurit Muda TD (SPPMTD).

Pemohon digalakkan menggunakan Komputer atau Laptop untuk pendaftaran atas talian. Pemohon juga perlu memuat naik (upload) dokumen dan gambar dalam format pdf dan png/jpeg.

Pemohon perlu memastikan dokumen dan gambar yang dimuat naik (upload) terang dan jelas.

Maklumat yang kurang jelas atau tidak tepat akan menyebabkan permohonan anda ditolak atau dibatalkan.

Baca juga: MySikap JPJ: Panduan Daftar Pengguna Kali Pertama Tanpa Ke Kaunter

MAKLUMAT LANJUT (SPPMTD)

  1. Layari laman sesawang rasmi dan media sosial rasmi Tentera Darat di:

Laman Sesawang Rasmi – https://army.mil.my
Facebook Rasmi – https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
Instagram Rasmi – https://www.instagram.com/tenteradarat/?hl=en
Twitter Rasmi – https://twitter.com/tenteradarat
Tik Tok Rasmi – https://www.tiktok.com/@tenteradaratmy

Rujuk iklan penuh di: https://army.mil.my/index.php/ms/kerjaya/iklan-pengambilan/panduanpermohonan?fbclid=IwAR3J4aWbqX-RP6daKcdsXxbCiaVJFGCvlJfPTEnYZEpPHvot81pJDYHJaSY

  1. Alamat Surat Menyurat:

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur
Tel: 03-40140404

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: