in

Semakan Maklumat Calon & Keputusan UPKK 2022 (Portal SIMPENI)

semakan upkk mpkafa

Apakah Portal SIMPENI JAKIM?

ADVERTISEMENT

Bermula pada tahun 2006, satu sistem berkomputer telah dirancang dan diwujudkan dengan bantuan Bahagian Pengurusan Maklumat, JAKIM melalui pembangunan aplikasi Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) bagi membolehkan pengisian data secara elektronik.

Pelaksanaan SIMPENI ini ditambahbaik lagi pada tahun 2014 di mana penggunaan SIMPENI diperluaskan sehingga ke peringkat sekolah/premis KAFA yang membolehkan setiap sekolah/premis mempunyai guru data yang bertanggungjawab mengurus data sekolah masing-masing dengan lebih cekap dan efektif.

SIMPENI telah menjadi rujukan utama bagi membekal data-data penting berkaitan sekolah agama dan KAFA seluruh Malaysia khususnya dalam pengurusan jawapan Parlimen, Mesyuarat Utama Jabatan, penyaluran bantuan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Bantuan Secara Kepada Sekolah Tahfiz / Sekolah Pondok / Sekolah Agama Rakyat, Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M), Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) dan lain-lain.

ADVERTISEMENT

Sistem ini juga menjadi sumber kepada pelaporan statistik Perangkaan Pendidikan Islam di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, rujukan bagi penyediaan unjuran tahunan perjawatan Guru / Penyelia KAFA serta sebagai rujukan tunggal untuk Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri.

Semakan Jadual UPKK 2022

Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPKK bagi Tahun 2022.

9 MEI – 30 SEPTEMBER 2022*

  • Amali Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam

*Dilaksanakan sepanjang waktu persekolahan dalam tempoh masa dan tarikh yang ditetapkan

10 OKTOBER – 31 OKTOBER 2022

  • Tadarus dan Tilawah Al-Quran
  • Hafazan dan Tafsir Al-Quran

14 NOVEMBER – 14 NOVEMBER 2022

  • Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah)
  • Sirah
  • Jawi dan Khat
  • Adab Kertas 1
  • Adab Kertas 2
  • Lughah Al-Quran

Login / Daftar Portal SIMPENI

Sila rujuk langkah berikut untuk login / daftar ke Portal SIMPENI.

  1. Layari laman web https://simpeni.islam.gov.my/
  2. Pilih button “log masuk”
  3. Masukkan ID Pengguna : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
    • Kata Laluan : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
  4. Klik pada Senarai Menu Keputusan UPKK / MPKAFA

Baca juga:

Semakan Keputusan UPKK 2022

Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) mengumumkan bahawa Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021 akan diumumkan pada 28 Disember 2021.

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) Tahun 2021 boleh disemak melalui;

  • Laman Web Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) di capaian simpeni.islam.gov.my atau https://simpeni.islam.gov.my/
  • Melalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKK<jarak>No Kad Pengenalan / No Pengenalan Khas dan hantar ke 15888.

NOTA

Semakan keputusan akan dibuka bermula jam 11.00 pagi 28 Disember 2021 hingga 11.00 malam 11 Januari 2022.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Budak 10 Tahun Maut, Cuba Tahan Kereta Mengundur Selepas Turunkan Brek Tangan

kelonggaran sop covid

KKM Umum Kelonggaran Terkini SOP Covid-19 Rabu Ini – KJ