in

Semakan Keputusan Temuduga Pengambilan Guru One-off SPP

SEMAKAN SPP
ADVERTISEMENT

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021 (FASA 2 & 3)

Semakan Keputusan Temuduga SPP

Keputusan temu duga Fasa 2 dan Fasa 3 adalah bagi opsyen – opsyen seperti berikut :

FASA 2

ADVERTISEMENT

1) SEJARAH;

FASA 3

1) REKA BENTUK TEKNOLOGI;
2) PENDIDIKAN MORAL;
3) DINI;
4) TEKNOLOGI ELEKTRIK;
5) TEKNOLOGI AUTOMOTIF;
6) SENI KULINARI;
7) TEKNOLOGI KIMPALAN;
8) TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI;
9) TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA;
10) KOSMETOLOGI;
11) TEKNOLOGI ELEKTRONIK;
12) TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN;
13) BAKERI DAN PASTRI;
14) TEKNOLOGI PEMBINAAN;
15) PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK;
16) AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI;
17) AGROINDUSTRI TANAMAN;
18) AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN;
19) HORTIKULTUR;
20) TEKNOLOGI ENJIN MARIN;
21) TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO;
22) BIOTEKNOLOGI;
23) FLORIKULTUR;
24) INSURANS; dan
25) PENGURUSAN PERUNCITAN.

semakan spp

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga melalui:
https://www.spp.gov.my/hebahan_semakan.html

NOTA: Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat.

Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected]

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Bagi calon yang menerima keputusan temu duga “TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN MESYUARAT SURUHANJAYA”, keputusan temu duga calon akan diumumkan dalam masa terdekat.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah melaksanakan urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 bagi 47 opsyen secara besar-besaran mulai 7 Julai yang lalu.

Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

Panggilan Temuduga SPP

Menurut makluman terkini dari pihak SPP, semakan keputusan panggilan temuduga boleh dibuat secara online pada tarikh yang dimaklumkan.

Untuk membuat semakan status, sila rujuk laman web https://myspp.spp.gov.my/login atau https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak.php

Baca juga: DELIMa KPM: Modul Komuniti Guru Digital Learning (KGDL) & Tips PdPR

Baca juga: MySPP : Daftar Permohonan Jawatan / Semakan Status Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Semakan Status Keputusan Temuduga SPP

Untuk membuat semakan status, sila rujuk laman web https://myspp.spp.gov.my/login atau terus ke pautan https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak.php

Talian Hotline mySPP :

  • Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
  • Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://spp.spab.gov.my/

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya
Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8871 7499
E-mel : [email protected]

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

21 Chalet & Homestay Menarik Di Janda Baik (Senarai Terkini 2022)

sppmtd

SPPMTD: Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 195 / 2022