SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN SEKOLAH KHUSUS 2022 & TARIKH PENDAFTARAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa semakan permohonan kemasukan sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 atau Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia bagi sesi 2022 / 2023 boleh dibuat bermula 15 Mac 2022.
Semakan permohonan ini melibatkan kemasukan ke sekolah-sekolah khusus berikut:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Kolej Vokasional
- Maktab Tentera DiRaja
Apakah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?
Seperti yang kita sedia maklum, permohonan kemasukan sekolah khusus bagi kemasukan tahun 2022 dilakukan dengan sedikit perbezaan disebabkan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) susulan penularan wabak COVID-19.
Oleh itu, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) menggantikan UPSR dan PT3 yang akan digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Khusus.
Berikut dikongsikan kenyataan media KPM berhubung tarikh semakan tawaran dan pendaftaran Sekolah Khusus Tahun 2022.
Format PKSK merangkumi 3 bahagian seperti yang ditetapkan oleh KPM iaitu:
- Bahagian A: Kecerdasan Insaniah
- Bahagian B: Kecerdasan Intelek
- Bahagian C: Artikuasi Penulisan
Perincian setiap bahagian PKSK diterangkan melalui jadual di bawah:
Perkara | Bahagian A Kecerdasan Insaniah | Bahagian B Kecerdasan Intelek | Bahagian C Arikulasi Penulisan |
Kaedah | Online | Online | Bersemuka |
Jenis Item | Soalan Objektif (MCQ) | Soalan Objektif (MCQ) | Soalan Subjektif |
Cakupan Isi Kandungan | EQ, SQ, SSQ | IQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah | Tajuk ditetapkan |
Skor | 20% | 70% | 10% |
Baca juga:
- Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA 2022
- Tarikh Buka Sekolah Sesi 2022 / 2023 & Jadual Penggiliran PdPR KPM
Fasa Proses Pengambilan
Fasa proses pengambilan untuk ke Sekolah Khusus merangkumi:
- Permohonan
- PKSK
- Pemilihan
- Tawaran
- Rayuan
Cara Membuat Semakan Tawaran Ke Sekolah Khusus 2022
Calon-calon yang bermiat boleh membuat semakan permohonan melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web berikut untuk permohonan:
– Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
– Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/ - Klik bahagian ‘Semakan Tawaran’
- Masukkan No. MyKid / MyKad Pemohon dan No. Pengenalan Diri Penjaga Utama dan tekan ‘Klik Untuk Login.’
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Setelah semua maklumat diisi, klik semakan permohonan.
Sila rujuk Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan Tarikh Semakan Tawaran Dan Pendaftaran Sekolah Khusus Tahun 2022 di bawah:


Tarikh Pendaftaran
Calon-calon yang ingin memohon perlu mengambil perhatian mengenai tarikh-tarikh penting PKSK iaitu:

Pertanyaan Lanjut Semakan Sekolah Khusus 2022
Calon-calon yang menghadapi sebarang kemusykilan tentang semakan PKSK dan ingin mengajukan pertanyaan boleh menghubungi bahagian berikut:
- Bahagian Sekolah Berasrama Penuh: 03-83217 4000
- Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional: 03-8884 5154
- Bahagian Pendidikan Islam: 03-8321 7200
- Unit Pengambilan dan Promosi, Jabatan Pendidikan Tentera: 03-8946 5562/5565