SEMAKAN PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 ONLINE BAGI SESI 2022/2023 SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1 BAGI SESI 2022
Untuk makluman semua ibu bapa /penjaga murid Tahun 1 sesi 2022/2023, pihak Bahagian Pengurusan Murid ( BPM) KPM telah membuka semula modul Pendaftaran Tahun 1 sesi 2022 bagi ibu bapa/penjaga membuat semakan penempatan anak mereka dan memuat turun cetakan penempatan murid.
Semakan permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2022 ini dibuka sehingga 20 Februari 2022
Bersama-sama dengan ini disertakan cara-cara membuat pengesahan penempatan Tahun 1/2022.
Surat tawaran yang telah dicetak, perlu DISIMPAN dahulu oleh ibu bapa / penjaga hingga dimaklumkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.
Untuk makluman ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftar anak-anak untuk Darjah 1 tahun 2022, jangan lupa buat semakan keputusan penempatan sekolah online melalui portal KPM secara atas talian ya.
Tarikh Semakan Status Penempatan Tahun 1 Sesi 2022 / 2023
Tarikh semakan diumumkan pada 1 Ogos 2021 manakala bagi sekolah di Wilayah Putrajaya, ia telah ditangguhkan kepada 1 November 2021.
Mulai 3 Januari, sistem dibuka semula sehingga 20 Februari 2022 untuk memudahkan ibu bapa membuat semakan.
Kemas kini Profil Murid boleh dilaksanakan mulai 11 Januari 2021 (Isnin) secara dalam talian. Tiada pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual.
Untuk kemaskini, sila rujuk : APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022
Cara Semakan Keputusan Penempatan Tahun 1 Sesi 2022 / 2023 KPM
Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.
Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.
- Layari laman web https://public.moe.gov.my/
- Tekan butang Log masuk
- Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
- Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.



Baca juga: Cara Tambah Lokasi Kedai / Bisnes / Perniagaan Online Di Google Map
PROSES PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1/2022
Proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:
TINDAKAN IBU BAPA
PERAKUAN PENEMPATAN
- Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
- Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
- Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut
PERMOHONAN RAYUAN
- Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
- Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
- Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
- Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan
TINDAKAN SEKOLAH
- MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
- Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
- Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.
Terlupa Kata Laluan
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
- Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
- Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
- Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023
KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.
Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.
Tarikh pendaftaran telah dibuka mulai 1 Mac hingga 30 April 2021 yang lalu.
Untuk makluman, sesi persekolahan bagi tahun 2022 / 2023 akan bermula pada 21 Mac 2022.
Sila rujuk takwim persekolahan KPM seperti lampiran di bawah.


Baca juga: Bantuan Prihatin – Kasih Asnaf 3.0: Bantuan RM500 One-off Untuk Penjaja
Maklumat Lanjut
Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna(ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui pautan INI.
https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi