Semakan Keputusan STPM 2020 Mulai 1 Julai 2021 – MPM
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis, 1 Julai 2021.
Seramai 92,964 pelajar mengambil peperiksaan STPM 2020 yang bermula pada 8 Mac lalu.
Calon-calon boleh mengakses keputusan mulai jam 12 tengah hari, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Baca juga: Sijil Hilang? Ini Cara Dapatkan Secara Online (e-Lembaga Peperiksaan)
4 KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2021
Terdapat 4 kaedah untuk calon menyemak keputusan STPM 2021 yang bakal diumumkan.
i) Semakan Di Laman Web (Online)
Pertama, semakan keputusan penuh boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK
Semakan boleh dibuat mulai 1 Julai 2021 pada jam 12 tengah hari.
ii) Semakan SMS
Ringkasan keputusan STPM boleh disemak menerusi perkhidmatan SMS.
Untuk semakan SMS, sila taip :
STPM <jarak> No.KP <jarak> Angka Giliran
dan hantar ke 68886.
Semakan keputusan melalui SMS boleh dibuat mulai 11 pagi pada 1 hingga 9 Julai.
iii) Semakan Melalui E-mel
Keputusan calon juga akan dihantar MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai mulai jam 11 pagi (bagi calon yang memberikan alamat e-mel kepada MPM).
iv) Semakan Manual
Bagi calon yang tidak mempunyai capaian Internet, MPM berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah akan mengenal pasti mereka dan memaklumkan kaedah sesuai mendapatkan keputusan berkenaan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang semakan STPM, sila rujuk laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan berikut:
ATAU
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-6126 1600
Faks : 03-6136 1488
E-mel : ppa[at]mpm.edu.my
Baca juga: DASS: Borang Ujian Saringan Kesihatan Mental KKM (Online & PDF)