Rayuan Haji 2023: Tarikh Rayuan & Cara Membuat Rayuan Online
Rayuan Haji 2023: Tarikh Rayuan & Cara Membuat Rayuan Online
Setiap Muslim pasti bercita-cita ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji. Ibadah haji adalah rukun islam yang lima. Sehubungan dengan itu, apabila gagal mendapat panggilan haji setelah anda menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh membuat rayuan.
Sila semak artikel di bawah untuk mengetahui cara membuat rayuan haji 2023.
BACA JUGA: Kos Haji 2023 & Bantuan Kewangan Bayaran Haji B40, M40 & T20
Rayuan Haji 2023
Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1444 H / 2023 M pada tarikh yang ditetapkan. Rayuan ini boleh dilakukan secara dalam talian bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat secara fizikal.
Untuk pengetahuan anda, surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah haji akan dikeluarkan bermula pada hari Rabu, 22 Mac secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.
Bakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.
Bagi yang tidak terpilih, rayuan haji boleh dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan mahram diberikan keutamaan.
Tarikh Rayuan Haji 2023 Dibuka
Rayuan haji 2023 boleh dilakukan secara dalam talian (online) bermula Isnin, 27 Mac 2023 ini. Rayuan boleh dilakukan melalui aplikasi THiJARI.
THiJARI
Aplikasi THiJARI ini adalah untuk memudahkan pendeposit untuk membuat rayuan haji, membuat semakan status haji dan juga pertanyaan baki simpanan serta info berkaitan. Anda boleh muat turun aplikasi THiJARI secara percuma daripada Google Play atau App Store.
Cara Daftar THiJARI
- Layari laman web berikut: www.thijari.com.my atau muat turun aplikasi ini di telefon bimbit anda.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
- Masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi.
- Selesai.
Setelah mendaftar di aplikasi THiJARI, anda boleh semak langkah-langkah membuat permohonan rayuan haji 2023 seperti di bawah.
BACA JUGA: Apa Itu Visa Furada? Scam Pergi Haji Ke?
Cara Permohonan Rayuan Haji Online
Setelah mendaftar di aplikasi THiJARI, anda boleh semak langkah-langkah membuat permohonan rayuan haji 2023 seperti di bawah.
- Login ke aplikasi THiJARI atau layari pautan berikut: www.thijari.com.my
- Kemudian, pilih menu Perkhidmatan Haji.
- Pilih menu Rayuan Haji.
- Baca Garis Panduan dan Kategori Rayuan yang dipaparkan > Pilih Kategori Rayuan yang berkaitan.
- Lengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan.
- Seterusnya, baca dan pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan Akad Istita’ah.
- Klik HANTAR setelah semua bahagian dilengkapi.
- Maklumat Status Rayuan akan dipaparkan.
- Sila pastikan pemohon klik Muat Turun.
- Surat maklum balas akan dimuat turun dan pemohon hendaklah mengikuti dan memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan.
- Salinan surat maklum balas permohonan rayuan akan dihantar ke email pemohon.
Anda juga boleh rujuk gambar rajah di bawah:
Proses Rayuan Haji
1. Mohon rayuan
2. Pilih kategori rayuan
3. Semakan rayuan
4. Status rayuan
Kategori & Contoh Alasan Rayuan
Terdapat beberapa pilihan kategori Rayuan iaitu:
- Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah)
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas)
- Isteri untuk mengikut suami Terpilih
- Isteri untuk mengikut suami dan madu terpilih
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Bakal haji Mualaf
- Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
- Bakal haji Daftar lama
- Lain-lain Rayuan
FAQ (Soalan Lazim)
1. Perlukah bakal haji yang telah membuat rayuan pada tahun lalu membuat semula rayuan haji mereka?
Jawapan: Ya. Rayuan perlu dibuat semula kerana rayuan hanya sah pada tahun semasa sahaja.
2. Bolehkah bakal Haji berumur lebih 65 tahun membuat rayuan?
Jawapan: Buat masa ini Kerajaan Arab Saudi menetapkan jemaah haji perlu berumur 64 tahun ke bawah pada tahun 2022. Rayuan akan dipertimbangkan sekiranya ketetapan umur ini disemak semula oleh Kerajaan Arab Saudi.
3. Bagaimanakah status bagi mahram yang mendaftar bersama Bakal Haji berumur lebih 65 tahun?
Jawapan: Hanya bakal haji wanita berumur 44 tahun dan ke bawah disyaratkan perlu mempunyai mahram. Bagi wanita yang memerlukan mahram, mahramnya perlu berumur 64 tahun dan ke bawah. Bagi bakal haji lelaki, tidak perlu mahram untuk tunai haji.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi Tabung Haji di pautan berikut: www.tabunghaji.gov.my
Atau, hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian: 03-6207 1919.