Permohonan MRSM 2023 Tingkatan 1 & 4 (1 Sept – 4 Nov 2022)

Iklan permohonan pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi 2023 dibuka mulai 1 September hingga 4 November 2022 ini.

Calon pelajar yang berminat dan ingin memohon boleh melakukannya secara dalam talian.

semakan mrsm

Pemohon yang memenuhi syarat akan di panggil untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) pada tarikh yang bakal dimaklumkan.

Pendaftaran pelajar baharu Tingkatan Satu dan Empat dijangka pada April 2022.

Bagaimanapun, semua cadangan meliputi tarikh tertakluk kepada pengumuman kerajaan daripada masa ke semasa.

Rujuk info lanjut melalui iklan berikut:

Iklan Permohonan MRSM 2023

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2023 kini telah dibuka!

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022.

Syarat Kemasukan

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia
  3. Calon memohon secara dalam talian (online)
  4. Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  5. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.
  7. Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM, serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sila klik pautan >> https://anyflip.com/vfdpd/wxnf/

Cara Permohonan

Sila klik pautan permohonan >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
NOTA: Pautan permohonan mula dibuka jam 10.00 pagi mulai tarikh yang dinyatakan.

Sila rujuk syarat-syarat lanjut dan buat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 4 November 2022.

Link permohonan online: https://www.mara.gov.my/

Permohonan Kemasukan ke MRSM 2022 [ Tingkatan 1 ] [ Tingkatan 4 ]

Program MRSM [ Klik di sini ]

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini, pastikan anda mengikuti laman rasmi MARA di media sosial:

Baca juga : Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 Januari 2023

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: