Pentaksiran Psikometrik KPM: Contoh Soalan Ujian Aptitud Tahun 4, 5, 6

Pentaksiran Psikometrik KPM | Untuk pengetahuan anda, pemerkasaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) telah bermula pada sesi akademik 2022/2023. 

Untuk artikel kali ini, berikut kami kongsikan beberapa info penting mengenai Pentaksiran Psikometrik, iaitu salah satu daripada 4 komponen PBS. 

NOTA: Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) merangkumi 4 komponen utama iaitu; Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. 

Pentaksiran Psikometrik

Konsep Pentaksiran Psikometrik telah diperkenalkan pada tahun 2007. Fungsi pentaksiran psikometrik adalah mengumpul data khususnya tentang maklumat profil murid. 

Maklumat profil murid yang lengkap dan menyeluruh akan dapat membantu warga pendidik mengenal pasti potensi murid dan menggilap potensi ini.

Secara umumnya, Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret personaliti seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif. 

Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini merujuk aktiviti pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan. 

Selain tret personaliti atau kebolehan murid yang bersifat semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.

BACA JUGA: Ujian Psikometrik SPA – Jenis Soalan & Panduan Menjawab

Contoh Soalan Psikometrik 

Pentaksiran Psikometrik KPM: Contoh Soalan Ujian Aptitud Tahun 4, 5, 6

Objektif Pentaksiran Psikometrik

  1. Mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.
  2. mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan.
  3. Memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid.
  4. Menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik. 
  5. Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu. 
  6. Menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi kerjaya murid.

Elemen Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Psikometrik terbahagi kepada tiga elemen:

Pentaksiran Psikometrik KPM: Contoh Soalan Ujian Aptitud Tahun 4, 5, 6

A. Ujian Aptitud – Tahun 4, 5, 6

Aptitud ialah komponen kompetensi sama ada yang bersifat semula jadi atau yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses pembelajaran. 

Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang.

Pentaksiran Psikometrik KPM: Contoh Soalan Ujian Aptitud Tahun 4, 5, 6
  • Aptitud AM (Tahun 4): 
    • Aptitud AM adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat. Ia sangat berkaitan dengan kebolehan atau bakat dalaman yang diwarisi. 
  • Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan minda seperti kemahiran menaakul dan verbal yang boleh digunakan untuk meramal prestasi pendidikan murid pada masa hadapan.
  • Aptitud khas (Tahun 5, Tahun 6 & Tingkatan 3)
    • Aptitud Khusus pula mengukur ciri yang menggambarkan potensi seseorang murid untuk menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan pada masa akan datang. 
  • Dalam bidang persekolahan, ujian ini digunakan untuk mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya. 
  • Hasil pentaksiran ini juga boleh dijadikan rujukan oleh guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kecenderungan murid. 
  • Instrumen Aptitud Khusus direka bentuk untuk mengenal pasti sama ada murid memiliki kecerdasan berikut: Verbal Linguistik, Visual Ruang, Logik Matematik, Muzik, Naturalis, Kinestatik, Interpersonal, Intrapersonal dan Eksistensial.
Pentaksiran Psikometrik KPM: Contoh Soalan Ujian Aptitud Tahun 4, 5, 6

Contoh Soalan Aptitud

Pentaksiran Psikometrik KPM: Contoh Soalan Ujian Aptitud Tahun 4, 5, 6
Pentaksiran Psikometrik KPM: Contoh Soalan Ujian Aptitud Tahun 4, 5, 6

B. Personaliti

Ujian ini bertujuan untuk murid boleh mengenal personaliti, menyedari kebolehan dan potensi diri mereka.

Ini juga membantu ibu bapa merancang hala tuju kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti anak-anak mereka.

Dalam pada masa yang sama, pihak pendidik boleh merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan bersesuaian dengan kebolehan murid. 

  • Tret personaliti (Tingkatan 2 & 4)

C. Kerjaya

Elemen ketiga dalam Pentaksiran Psikometrik KPM iaitu kerjaya dilaksanakan kepada murid tingkatan 1, 3 dan 5 di sekolah menengah bertujuan murid tahun tentang minat, personaliti dan hala tuju kerjaya semasa persekolahan selepas tamat persekolahan. 

Murid akan dideahkan dengan enam kod mata Holland yang dominan dengan diri mereka. 

Enam mata Holland tersebut ialah Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional.

  • Minat kerjaya (Tingkatan 1, 3 & 5)

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) termasuk berkaitan dengan Pentaksiran Psikometrik, sila MUAT TURUN PDF berikut: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: