Murid Sekolah Rendah Dibenarkan Hadir Tanpa Penggiliran Mulai 17 & 18 April

Selepas penggal baharu persekolahan dibuka pada 21 Mac lepas, ramai yang bertanya bilakah semua murid sekolah rendah boleh hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

Segmen #tanyaDRJ kali ini menjawab persoalan tersebut.

Kongsikan maklumat ini untuk manfaat bersama.

Sekolah Rendah Dibenarkan Hadir Ke Sekolah Tanpa Penggiliran

17 April untuk negeri Kumpulan A- (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)

18 April di negeri Kumpulan B – (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)

Walaupun kita kini berada dalam Fasa Peralihan Ke Endemik, Dr Radzi Jidin menekankan bahawa ibu bapa dan murid sekolah perlu mematuhi SOP bagi memastikan keselamatan semua warga sekolah.

Sila rujuk video penuh di bawah:

Sumber: Dr Radzi Jidin

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: