MySTEP 2023: Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Dalam usaha untuk mengurangkan pengangguran dan meningkatkan kebolehpasaran graduan serta merangsang pemulihan ekonomi domestik, Kementerian Kewangan memperkenalkan Malaysia Short-Term Employment Program (MySTEP) dan inisiatif JaminKerja dibawah Belanjawan 2022.
Inisiatif MySTEP ini diteruskan bagi tahun 2023 dan tempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023.
MySTEP 2023
Objektif utama MySTEP 2023 adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor swasta dan dalam badan dan agensi kerajaan terutamanya dalam industri permintaan tinggi dengan menawarkan menawarkan lebih banyak peluang kerjaya secara kontrak atau jangka pendek.
Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, pada tahun ini, MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan yang meliputi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 penempatan di GLC / GLIC dan Rakan Strategik setelah melihat kejayaan program ini pada tahun-tahun sebelumnya.
Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP
- Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
- Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam)
Syarat Kelayakan
A. Sektor Awam
- Warganegara Malaysia
- 18 tahun ke atas
- Lepasan Sekolah / Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas
- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU),pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing
B. GLC / Rakan Strategik
- Warganegara Malaysia
- 18 tahun ke atas
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas
- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC / rakan strategik masing-masing
Penempatan MySTEP 2023
Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
- Penempatan di Sektor Awam
- Penempatan di GLC dan rakan strategik
Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.
Personel MySTEP yang ditempatkan di Sektor Awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.
Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
Kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik.
Cara Permohonan MySTEP 2023
Permohonan adalah melalui Portal Rasmi MySTEP;
Atau, isi borang permohonan digital melalui pautan berikut: https://mystep.mof.gov.my/form
Permohonan juga boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti:
- Khazanah
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja / Employees Provident Fund
Iklan jawatan kosong personel My Step juga akan disiarkan dari masa ke semasa oleh agensi yang mempunyai kekosongan.
Kadar Upah Bulanan Termasuk Caruman Perkeso Dan Kwsp
Jenis/Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Upah (RM) |
Setaraf ijazah Sarjana Muda | 2,100 |
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,900 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 1,700 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,500 |
Kemudahan
Jenis Kemudahan | Perincian |
Cuti rehat | 12 hari setahun. Dikira secara purata (prorate) berdasarkan tempoh kontrak. |
Cuti sakit | 14 hari setahun. Dikira secara purata (prorate) berdasarkan tempoh kontrak. |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP dan Caruman PERKESO. |
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MySTEP 2023, anda boleh layari pautan berikut: https://mystep.mof.gov.my/info
Atau hubungi dan emailkan pertanyaan anda ke:
- E-mel: [email protected]
- Telefon : 03-8882 4666
Anda juga boleh rujuk Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP Di Bawah Inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme Tahun 2023 berikut untuk lebih banyak informasi penting: