Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Mei & Cara Semakan Status Masuk Bank

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bila bayaran iSinar bulan kedua, ketiga dan seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, khususnya untuk bulan Mei ini memandangkan Hari Raya bakal tiba.

Tidak seperti i-Lestari yang dijadualkan pembayarannya setiap bulan, penerima i-Sinar akan menerima bayaran mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.

Berikut adalah makluman tarikh bayaran i-Sinar KWSP bagi bulan Mei 2021 yang akan diterima.

Tarikh Bayaran iSinar Bulan Mei

Menurut Facebook KWSP, bayaran i-Sinar bulan Mei akan dibuat mulai 3 Mei secara berperingkat sehingga 11 Mei 2021.

isinar bulan Mei

Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing.

isinar bulan mei

Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:

  • tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari, dan bulan Mac dan April juga pada 6 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • sebelum akhir bulan berkenaan

Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.

Semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar Selepas Membuat Pindaan

Ada yang baru lulus permohonan pindaan amaun I-Sinar?

Bagi yang dah buat pindaan, (contohnya, sebelum ni akaun dah expired sebab KWSP dah bayar habis dah jumlah yang dipohon).

Nanti bila buat pindaan, akaun kembali berstatus Active dan ada Recurring Date sampai Julai.

KWSP bayar semua amaun yang layak seperti yang dipinda baru-baru ni seperti dalam gambar di bawah.

Cara buat semakan di i-Akaun boleh rujuk seperti di bawah:

Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar Mei 2021

Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar April dan bulan seterusnya, sila rujuk langkah di bawah:

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  4. Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  5. Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar
  6. Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah
isinar bulan April

Bagi yang belum ada i-Akaun KWSP, anda boleh mendaftar dengan merujuk step-by-step di sini: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semak Penyata & Mohon Pengeluaran

Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia).

Semoga info ini bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: