in ,

HLP KPM 2021: Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (Biasiswa Sambung Belajar)

hlp kpm 2021

HLP KPM 2021: Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) / Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) /Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2021 akan dibuka bagi tahun 2021.

Hadiah Latihan persekutuan adalah merupakan kemudahan cuti sambung belajar yang meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan melalui pautan: https://epenawaran.moe.gov.my mulai 18 Disember 2020 (jam 5 petang).

Apakah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP KPM 2021)?

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.

Pemberian penajaan atau kemudahan cuti belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh KPM

Program HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.

Bagi pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa.

Baca juga: Pakej Istimewa Hotel Lexis Untuk Penjawat Awam Bermula 15 Disember

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan HLP KPM 2021 adalah seperti berikut:

  • Mulai 18 Disember 2020 (Jumaat), jam 5.00 petang
  • Sehingga 15 Januari 2021 (Jumaat), jam 5.00 petang.

Program Yang Ditawarkan

Antara Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

  1. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
  2. Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
  3. Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];
  4. Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan
  5. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).

Bagi SENARAI BIDANG yang ditawarkan, sila klik di SINI.

Cara Permohonan

Calon – calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://epenawaran.moe.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka).

Baca juga: Tarikh Bantuan Khas Penjawat Awam 2021 (RM600) & FAQ

Maklumat Lanjut Tentang HLP KPM 2021

Maklumat lanjut tentang syarat permohonan HLP KPM 2021, kursus yang ditawarkan dan butiran lain akan dikemaskini setelah surat edaran rasmi dimuat naik di laman web rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau menghubungi:

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
SELANGOR
(u.p. : Puan Nur Izzati binti Marzuki / Cik Aina Shaharina binti Ahmad/ Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)
No. Telefon : 03-8321 7149 / 03-8321 7147 / 03-8321 7144 /
03-8321 7154 / 03-8321 7151
E-mel : [email protected]
Untuk MASALAH TEKNIKAL borang permohonan, sila hubungi :
E-mel: [email protected]

Selamat berjaya!

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tarikh pencen 2021

Tarikh Bayaran Pencen 2021 Untuk Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)

program jaringan prihatin rm180 kredit

Jaringan Prihatin: Bantuan RM180 Kredit Telekomunikasi Mulai Mac 2021