Bilakah agaknya tarikh Hari Raya Haji / Hari Raya Korban / Hari Raya Aidil Adha untuk tahun 2022 ini?
ADAKAH TARIKH BULAN HIJRIAH SELEPAS SYAWAL JUGA AKAN BERANJAK SEHARI AWAL SEPANJANG TAHUN 1443H ?
Seperti sedia maklum tarikh bulan Syawal 1443H diawalkan sehari disebabkan kenampakan Hilal Syawal pada hari cerapan 29 Ramadan 1443H.
Bermakna tarikh cerapan hilal untuk bulan Zulkaedah 1443H adalah pada 29 Syawal 1443H bersamaan 30 Mei 2022M.
Semasa terbenam matahari pada tarikh tersebut ijtimak belum berlaku. Ijtimak hanya berlaku pada jam 7.30 malam tarikh yang sama.
Bermakna pada hari cerapan, hilal belum wujud dan Kriteria Imkanur Rukyah juga tidak memenuhi syarat.
Bulan Syawal 1443 akan dicukupkan 30 hari dan 1 Zulkaedah 1443H bersamaan 1 Jun 2022M (seperti takwim 2022H/1443H-1444H)
InsyaAllah untuk tarikh bulan-bulan hijriah seterusnya seperti takwim 1443H.
Namun begitu, tarikh Hari Raya Aidil Adha 1443H akan tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang akan diumumkan pada 29 Jun 2022 ini.
Jom kami kongsikan maklumat ini dengan anda.
Tarikh Pengumuman Aidiladha 29 Jun 2022
TARIKH LIHAT ANAK BULAN ZULHIJJAH & PENGUMUMAN RASMI TARIKH HARI RAYA AIDILADHA 2022 / 1443H
Panel falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat pencerapan dan tarikh rasmi Aidiladha 1443H telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada 29 Jun 2022 (Rabu) sebentar tadi.
https://harianpost.my/pengumuman-hari-raya-aidiladha/
Tarikh Rasmi Hari Raya Aidil Adha / Hari Raya Korban / Hari Raya Haji 2022
Pengisytiharan Pengumuman Hari Raya Haji 2022 Aidiladha
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah membuat pengumuman rasmi berkenaan penetapan tarikh rasmi Hari Raya Haji (Aidiladha) bagi tahun 2022 di Malaysia.
Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu disiarkan menerusi radio dan televisyen (RTM TV1).


Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji / Korban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
Tarikh Hari Raya Aidiladha yang diumumkan ialah 10 Julai 2022 (Ahad).

Tarikh Hari Raya Aidiladha / 10 Zulhijjah di Malaysia yang diwartakan dalam takwim rasmi kerajaan jatuh pada 10 Julai 2022 (Ahad).
Hal ini dimaklumkan oleh JAKIM melalui Panel Pakar Falak dalam sebuah kenyataan Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam 2022.
Rujuk tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2022 (JAKIM).
TARIKH HIJRI | TARIKH MILADI | HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM |
---|---|---|
27 REJAB 1443 | 1 Mac 2022 | Israk dan Mikraj |
*01 RAMADHAN 1443 | 3 April 2022 | * Awal Ramadan/Berpuasa |
17 RAMADHAN 1442 | 19 April 2022 | Nuzul Al-Quran |
*01 SYAWAL 1443 | 2 Mei 2022 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
01 ZULHIJJAH 1443 | 1 Julai 2022 | Awal Zulhijjah |
*10 ZULHIJJAH 1443 | 10 Julai 2022 | * Hari Raya Korban / Aidiladha |
01 MUHARRAM 1444 | 30 Julai 2022 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 RABI’ULAWAL 1444 | 9 Oktober 2022 | Maulidur Rasul |
*Tertakluk kepada perubahan dan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

HARI CUTI KELEPASAN AM SEMPENA HARI RAYA HAJI / AIDIL ADHA 2022
Hari Raya Aidil Adha merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan di Malaysia, bermaksud seluruh negara akan bercuti pada hari tersebut.
Jumlah hari yang diperuntukkan adalah 1 hari bagi semua negeri, manakala bagi negeri Kelantan dan Terengganu akan mengambil cuti 2 hari.
Perincian bagi setiap negeri boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2022

Berikut disertakan sekali kalendar kuda bagi bulan Julai untuk memudahkan anda merancang percutian / balik kampung nanti.

Apakah Hari Raya Aidiladha?
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam.
Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT.
Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Seperti Hari Raya Aidilfitri, Pada hari raya korban ini juga, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.
Umat Islam akan mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Tahukah anda, tarikh 10 Zulhijjah ini juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Baca juga:
- Cuti Panjang 2022 (Long Weekend 2022) & Tarikh Cuti Umum Malaysia
- Cuti Sekolah 2022 : Takwim KPM & Jadual Sesi Persekolahan 2022 / 2023
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.
- JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya. - [email protected]
- +03 8870 7000
- +03 8870 7003