in

e-GTukar: Permohonan Pertukaran Guru (15 Februari-28 Mac 2021)

e-gtukar 2021 hp
ADVERTISEMENT

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN PERTUKARAN GURU BAGI TAHUN 2021 MELALUI MODUL E-GTUKAR (https://epgo.moe.gov.my/) AKAN DIBUKA MULAI 15 FEBRUARI 2021 HINGGA 28 MAC 2021

Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan e-GTukar dan cara membuat permohonan.

Apakah e-GTukar?

e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.

Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Kategori Pengguna

Sasaran pengguna utama modul ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Perincian adalah seperti berikut:

  • Guru
    • Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan;
  • Pentadbir Sistem
    • Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Baca juga: Cara Rakam Video Google Meet Untuk PdPR (Boleh Tonton Bila-bila)

Pendaftaran / Log Masuk Pengguna

Pengguna perlu memastikan ID Pengguna, Kata Laluan dan Kad Pengenalan adalah
tepat di ruangan Laluan Masuk.

ADVERTISEMENT

Kemudian, klik butang OK untuk menggunakan sistem mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Jika anda baru pertama kali menggunakan sistem ini, sila rujuk cara pendaftaran di bawah ATAU Manual Pengguna e-GTukar di SINI.

e-GTukar

Syarat Permohonan Pertukaran

  1. Kementerian Pendidikan tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.
  2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari Jabatan Pendidikan Negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari Jabatan Pendidikan Negeri yang diluluskan.
  3. Kementerian Pendidikan tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.
  4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pendidikan Malaysia.
  5. Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran
    • Guru Interim yang sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).
    • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / Separuh Gaji.
    • Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.
    • Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
    • Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
    • Guru Cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
  6. Semua Jawatan yang disandang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan
  7. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Guru Besar untuk pengesahan.
  8. Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan.

Baca juga: Residensi Wilayah: Daftar Rumah Mampu Milik KL, Putrajaya & Labuan

Panduan Permohonan e-GTukar

Makluman PENTING

  • Pengguna eGTukar perlu mendaftar ke sistem untuk mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan ke sistem . Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja bagi satu sesi pertukaran.
  • Pemohon TIDAK DIBENARKAN membuat pertukaran dalam negeri yang sama sekiranya sekiranya ianya berada didalam jenis sekolah yang sama.
  • Pindaan kepada maklumat permohonan hanya boleh dibuat sebelum menekan butang HANTAR.
  • Selagi pemohon tidak menekan butang HANTAR, maklumat permohonan/ maklumat permohonan tidak akan diterima oleh sistem
  • Pemohon WAJIB mencetak maklumat yang telah dikemukakan pada menu CETAKAN bagi tujuan mendapatkan no permohonan dan diserahkan kepada PENGETUA/GURU BESAR sebagai bukti permohonan.

Untuk membuat permohonan pertukaran guru melalui sistem ini, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web https://epgo.moe.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.
  3. Pemohon hanya boleh mengisi borang permohonan apabila membaca setiap satu syarat-syarat permohonan pertukaran dan klik pada semua syarat-syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan paparan borang permohonan di sistem.
  4. Bagi pemohon yang mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk memohon, permohonan boleh dibuat dengan menyemak dan mengisi lima (5) bahagian utama
    • MAKLUMAT PERMOHONAN
    • MAKLUMAT DIRI PERMOHON
    • AKADEMIK DAN IKHTISAS
    • MAKLUMAT PERKHIDMATAN
    • MAKLUMAT SUAMI/ISTERI
    • SEBAB MOHON TUKAR
    • PENGAKUAN PEMOHON
  5. Setelah selesai mengisi maklumat, pemohon hendaklah mencetak maklumat permohonan dengan menekan butang icon PRINT pada skrin cetakan dengan memastikan dalam cetakan tersebut mempunyai NO. PERMOHONAN.

Maklumat Lanjut

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar,
sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing melalui halaman BANTUAN ini.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pendaftaran tabika kemas 2022

Pendaftaran TABIKA KEMAS Online Sesi 2022 (Untuk 3-5 Tahun)

8 Tips Membeli Air Fryer. Ini Jenama Yang Patut Jadi Pilihan Anda