Deepavali 2022 : Tarikh Cuti Tambahan Sekolah KPM / Cuti Umum Negeri

Wah seronoknya, ada cuti panjang (long weekend) tak lama lagi sempena Hari Deepavali 2022!

Bagi yang belum berpeluang nak bawa anak bercuti bulan September, bolehlah rancang percutian kali ni ya.

Dalam jadual di bawah ini disertakan bersama tarikh cuti sekolah yang melibatkan cuti perayaan tahun 2022 seperti Tahun Baru Cina , Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Krismas serta Hari Deepavali.

Anda juga boleh rujuk kalendar cuti umum Persekutuan / Negeri serta cuti penggal persekolahan yang dilampirkan dalam artikel ini bagi memudahkan perancangan cuti akhir tahun anda nanti.

Tarikh Cuti Deepavali 2022

Cuti Deepavali bagi tahun 2022 jatuh pada 24 Oktober 2022 (Isnin).

Namun, cuti tambahan telah diperuntukkan oleh KPM sebanyak 2 hari iaitu

  • Kumpulan A: 23 Oktober (Ahad) & 25 Oktober (Selasa)
  • Kumpulan B: 25 Oktober (Selasa) & 26 Oktober (Rabu)
  • Sarawak : 24 Oktober (Isnin)

Sila rujuk kalendar kuda 2022 (Oktober) di bawah:

Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali.

Semoga perincian cuti sekolah dan tarikh perayaan yang dimaklumkan ini dapat memberi panduan kepada semua untuk merancang aktiviti tahunan pada tahun 2022 nanti.

Anda juga boleh merujuk jadual percutian dari Tourism Malaysia ini untuk merancang percutian anda bagi tahun 2022.

Kredit infografik : IGGH Tours Malaysia

Baca juga: Ini Cara Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Untuk Orang Sarawak!

Berikut merupakan perincian takwim persekolahan untuk tahun 2021 bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Takwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2022

Jadual Lengkap Penggal Persekolahan 2022 – Kumpulan A

Negeri-negeri Kumpulan A termasuklah semua sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Jadual Lengkap Penggal Persekolahan 2021 – Kumpulan B

Negeri-negeri Kumpulan B termasuklah semua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan / Negeri 2022

Takwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2022

Nak tengok dengan lebih jelas boleh muat turun fail PDF di bawah: Hari Kelepasan Am Tahun 2022

Selamat bercuti!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: