Cara Daftar Vaksin COVID19 Di MySejahtera Apps (Android & iOS)

CARA DAFTAR VAKSIN COVID19 DI MYSEJAHTERA

Seperti yang kita semua sedia maklum, vaksin COVID-19 yang ditunggu-tunggu untuk melindungi penduduk di Malaysia telah selamat tiba apabila pesawat khas yang membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 21 Februari yang lalu.

Vaksin itu berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di lapangan terbang di Jerman iaitu Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain termasuk Malaysia.

Program Imunisasi COVID19 (PICK) Bermula 26 Februari

Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 itu merancakkan momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) iaitu program vaksinasi terbesar di negara ini yang akan bermula 26 Februari ini.

Program imunisasi itu dibahagikan kepada tiga fasa dengan yang pertama bermula 26 Februari hingga April 2021, melibatkan petugas barisan hadapan sektor awam dan swasta serta pertugas dalam perkhidmatan penting dan pertahanan serta keselamatan.

Pengambilan vaksin COVID-19 adalah secara sukarela dan orang ramai perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Berikut adalah cara membuat pendaftaran COVID19 di aplikasi MySejahtera untuk makluman bersama.

pendaftaran vaksin covid19

Cara Daftar Vaksin COVID19 Di MySejahtera Apps (Android & iOS)

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, aplikasi MySejahtera akan ditambah ciri baharu iaitu pendaftaran vaksin COVID19 bagi orang awam untuk mendapatkan vaksin ini.

Vaksin COVID19 akan diberikan secara percuma dan diberi secara sukarela kepada semua.

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Tekan ‘Close’
  3. Lihat bahagian Menu, ada ikon terbaharu iaitu ‘COVID19 Vaccination’
    (Jika tiada, sila update apps MySejahtera terlebih dahulu)
  4. Tekan pada ikon ‘COVID19 Vaccination’ tersebut.
  5. Sahkan maklumat anda yang tertera pada maklumat MySejahtera.
  6. Jawab soalan yang diajukan untuk persetujuan penerimaan dan daftar vaksin melalui MySejahtera.
  7. Anda akan menerima notifikasi untuk menyertai Program Imunisasi COVID19 Kebangsan mengikut fasa yang ditetapkan.
  8. Sila lengkapkan maklumat tambahan jika perlu.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

daftar vaksin mysejahtera

Buka aplikasi MySejahtera. Tekan butang CLOSE di bahagian atas kanan.

daftar vaksin mysejahtera

Nanti akan keluar ikon COVID19 VACCINATION seperti yang dibulatkan dalam rajah di atas.

Sila sahkan maklumat dan klik seterusnya.

Paparan ini akan keluar.

daftar vaksin mysejahtera

Klik pada CLICK HERE untuk meneruskan pendaftaran.

Jawab soalan berikut.

Pendaftaran yang telah berjaya akan menerima mesej seperti di bawah.

daftar vaksin mysejahtera

Buat masa ini, fasa pertama dikhususkan untuk frontliners.

Kita akan dimaklumkan apabila fasa seterusnya akan dimulakan untuk orang awam.

*Nota: Pengguna android dan iOS boleh membuat pendaftaran dengan cara yang sama melalui aplikasi MySejahtera.

Baca juga: MySalam Covid-19: Cara Claim RM50/Sehari Jika Anda Dikuarantin (PUI) Atau Disahkan Positif

Selain daftar vaksin melalui MySejahtera, terdapat 4 lagi kaedah untuk mendaftar vaksin COVID19 yang boleh orang awam gunakan iaitu:

  • Menerusi laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksim COVID-19-JKJAV (www.vaksincovid.gov.my.)
  • Talian hotline (nombor akan diumumkan kemudian)
  • Pendaftaran di klinik awam & swasta
  • MOSTI akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mendaftarkan penerima vaksin di kawasan pedalaman dan warga emas
cara daftar vaksin mysejahtera

Rujuk: 5 Kaedah Pendaftaran Vaksin COVID19 (Online & Manual)

NOTA

Menurut Utusan Malaysia, individu yang menolak vaksin berkemungkinan akan dihadkan pergerakan mereka di luar rumah oleh pihak berkuasa. Ini termasuk tidak membenarkan mereka memasuki pre­mis perniagan dan restoran da­lam usaha memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjaya.

Selepas ini, kemungkinan hanya mereka yang telah mengambil suntikan vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan memasuki premis perniagaan.

Rujuk artikel di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau info terkini, anda boleh follow Facebook Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) iaitu jawatan kuasa utama dalam perolehan dan pelaksanaan program imunisasi vaksin COVID-19.

Laman web: https://www.vaksincovid.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: