Tarikh Cuti Thaipusam 2023 & Hari Kelepasan Am Negeri

TARIKH CUTI THAIPUSAM 2023 & SENARAI NEGERI YANG AMBIL CUTI UMUM

Tahukah anda, Hari Thaipusam diraikan pada kemuncak bulan kesepuluh kalendar Tamil iaitu bulan Thai, yang jatuhnya pada sekitar Januari dan Februari.

Pada hari tersebut, bulan penuh Thai berada pada kedudukan melintasi bintang terang bernama Pusam, maka dari situ asal namanya.

Terkini, Kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan cuti peristiwa perayaan Thaipusam di negeri tersebut.

Berikut dikongsikan tarikh Hari Thaipusam dan senarai negeri yang mengambil cuti umum sempena perayaan ini di Malaysia.

Tarikh Cuti Thaipusam 2023

TARIKH CUTI THAIPUSAM BAGI TAHUN 2022 JATUH PADA 5 FEBRUARI 2023 (AHAD)

Ia termasuk Hari Kelepasan Am Negeri, bermaksud tidak semua negeri mengambil cuti umum pada hari ini.

Senarai negeri yang mengumumkan Hari Thaipusam sebagai cuti umum adalah:

  • Wilayah Persekutuan
  • Johor
  • Negeri Sembilan
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Kedah

*Nota:

Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kelulusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Exco yang diadakan pada 18 Januari lepas.

Perincian bagi setiap negeri boleh dirujuk melalui jadual di bawah:

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2023

cuti 2023

JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI 2023

cuti 2023
cuti 2023

Baca juga: Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia

*Kedah mengumumkan Hari Thaipusam sebagai hari cuti kelepasan am negeri selepas kelulusan dibuat pada 16 Disember 2021.

Untuk memudahkan anda mencetak, sila muat turun jadual penuh dalam versi PDF di bawah:

Hari Kelepasan Am Tahun 2023

MUAT TURUN PDF

Anda juga boleh merujuk jadual cuti sekolah dan takwim KPM melalui jadual berikut:

Diharap tahun 2023 memberi sinar baru buat kita semua. Rancang cuti anda dengan baik. Patuh SOP dan terus amalkan kawalan kendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *