Cuti Akhir Sesi Persekolahan 2022/2023 & Tarikh Mula Sesi 2023 / 2024

Tarikh cuti sekolah bagi tahun 2023 ini mungkin berbeza sedikit berbanding tahun sebelumnya kerana anjakan penggal persekolahan akibat PKP.

Dalam jadual di bawah ini disertakan bersama tarikh sesi sekolah penggal 3 serta Takwim KPM yang turut menyertakan cuti perayaan tahun 2022 seperti Hari Krismas, Tahun Baru 2023 serta tarikh pembukaan sekolah KPM bagi sesi 2022 / 2023.

Anda juga boleh rujuk kalendar cuti umum Persekutuan / Negeri serta cuti penggal persekolahan yang dilampirkan dalam artikel ini bagi memudahkan perancangan cuti akhir tahun anda nanti.

Cuti Penggal 3 KPM (Cuti Akhir Tahun 2022)

Seperti yang kita sedia maklum, susulan pandemik, KPM telah menunda tarikh persekolahan sesi 2021 / 2022 ke penggal 3. Oleh itu, terdapat sedikit perubahan pada takwim persekolahan yang biasanya bermula pada awal tahun.

Cuti akhir tahun juga telah dianjak kepada bulan Februari – Mac. Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting untuk anda save siap-siap dalam kalendar anda:

KUMPULAN A

  • Cuti Penggal 3 : 9 Disember 2022 – 31 Disember 2022
  • Mula sekolah selepas Cuti Penggal 3 : 3 Januari 2023
  • Cuti Akhir Persekolahan : 17 Februari 2023 – 18 Mac 2023
  • Tarikh Mula Sesi Persekolahan Sesi 2023/2024 : 19 Mac 2023

*Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

KUMPULAN B

  • Cuti Penggal 3 : 10 Disember 2022 – 31 Disember 2022
  • Mula sekolah selepas Cuti Penggal 3 : 3 Januari 2023
  • Cuti Akhir Persekolahan : 18 Februari 2023 – 19 Mac 2023
  • Tarikh Mula Sesi Persekolahan 2023/2024 : 20 Mac 2023

*Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Berikut dikongsikan lampiran takwim persekolahan bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2022/2023 yang diumumkan oleh KPM.

NOTA:

Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Anda juga boleh merujuk kalendar kuda di bawah untuk memudahkan perancangan anda.

cuti 2023 mac

Tarikh Mula Persekolahan Sesi 2023 / 2024

Kementerian Pendidikan (KPM) telah memaklumkan bahawa Sesi Persekolahan Sesi 2023 / 2024 akan bermula pada 19 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A.

Manakala bagi sekolah di Kumpulan B Sesi Persekolahan 2023 / 2024 akan bermula mulai pada 20 Mac 2023.

Sila rujuk Kalendar Takwim Persekolahan 2023 / 2024 seperti di bawah:

NOTA:

Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Kongsikan-kongsikan ya!

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.moe.gov.my/takwim

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: