in

Cara Daftar & Renew SSM Online Semasa PKP (Tak Perlu Ke Kaunter, Emel Saja)

cara daftar ssm semasa pkp
ADVERTISEMENT

CARA DAFTAR SSM SEMASA PKP (PENGAKTIFAN ID HANYA MELALUI EMAIL, TAK PERLU THUMBPRINT DI KAUNTER)

Tahukah anda, sepanjang tempoh PKP ini, pemohon tidak perlu hadir ke kaunter SSM untuk pengaktifan ID.

Di sini kami kongsikan cara daftar SSM semasa PKP secara online saja tanpa perlu ke kaunter.

Mudah sangat, boleh siap daftar dalam beberapa minit saja.

Lepas dah jadi pengguna EzBiz, nak renew SSM bila-bila masa pun boleh tanpa perlu hadir ke kaunter lagi!

Cara Daftar SSM Online Semasa PKP

Sebelum mendaftar perniagaan, kita perlu daftar sebagai pengguna EzBiz terlebih dahulu.

Caranya seperti di bawah ini.

A. Daftar Pengguna EzBiz

  1. Pergi ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Tekan “Sign Up”
  3. Sila isikan semua maklumat yang bertanda (*).
  4. Selepas selesai, tekan “Register”.
  5. Tick di bahagian “Declaration”
  6. Selepas selesai, tekan “Save”
  7. Notifikasi akan dihantar melalui emel dengan disertakan nombor rujukan (EZxxxxx).
  8. Pengguna hanya perlu membuat verifikasi ID melalui e-mel.
  9. Log masuk ke laman EzBiz dan pergi ke menu “User Profile”
  10. Kemudian klik sub menu “User Verification Request”.
  11. Klik “Add New”
  12. Sila lampirkan dokumen wajib seperti berikut:
    • Salinan kad pengenalan depan dan belakang di ruangan “Upload MyKad”
    • Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher di ruangan “Upload Selfie”
    • Salah satu dokumen rasmi seperti Lesen Memandu / Pasport / Sijil Lahir /Bil utiliti atas nama sendiri di ruangan “Supporting Document”
cara daftar ssm semasa pkp online

NOTA:

  • Permohonan yang diterima akan diproses. Pastikan semua dokumen yang dilampirkan lengkap dan jelas untuk disemak dan diluluskan.
  • Pengguna akan menerima e-mel dari SSM bahawa pengaktifan Akaun Pengguna ezbiz telah berjaya dan pengguna dapat terus menikmati perkhidmatan yang ditawarkan di ezBiz secara dalam talian.
  • Sekiranya permohonan tidak lengkap, pengguna akan menerima e-mel dari SSM dan dia perlu menghantar semula dokumen yang disebutkan di atas.

Baca juga: SPPP: Cara Daftar SSM Percuma Untuk Ibu Tunggal, Belia B40 & Pelajar

B. Cara Daftar SSM Online Di Laman Web EzBiz

Setelah selesai mendaftar sebagai pengguna EzBiz, kita bolehlah menikmati perkhidmatan yang ditawarkan secara online, antaranya ialah mendaftar perniagaan SSM.

Sila rujuk langkah di bawah untuk mengetahui cara daftar SSM semasa PKP.

  1. Login ke laman web EzBiz https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. sila pilih menu MY BUSINESS SERVICE.
  3. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
    • Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
      a) Nama perniagaan
      b) Tarikh permulaan perniagaan
      c) Alamat utama perniagaan
      d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
      e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
      f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
      g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
  4. Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
  5. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
  6. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.

Panduan Pembaharuan Perniagaan Online (Renew SSM Online)

Untuk membuat pembaharuan lesen perniagaan atau renew SSM online, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
  3. Klik bahagian ‘My Business Service’
  4. Pilih ‘Renewal by Owners’
  5. Klik di ikon ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
  6. Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan Online (BORANG A1)
  7. Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun)
  8. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih (kad debit/ kad kredit / perbankan online / kaunter).
  9. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.

Baca juga: mySIKAP: Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter

Maklumat Lanjut

Urusan pendaftaran perniagaan kini lebih mudah kan?

Dah boleh daftar SSM semasa PKP secara online je tanpa perlu ke pejabat lagi.

Pastikan anda mendapat maklumat yang betul dan menggunakan platform pendaftaran perniagaan yang betul iaitu www.ezbiz.ssm.com.my

Maklumat lanjut sila dapatkan info terkini melalui media sosial rasmi SSM:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RapidKL Saran Penumpang Waktu Puncak Jalani Saringan Kesihatan

pkp 3.0 disambung

SOP Total Lockdown PKP Akan Diumum Pada Sidang Media 5 Petang Ini