CARA CARUM KWSP UNTUK DIRI SENDIRI
Dah tentu kita tahu antara kepentingan ada KWSP ni adalah untuk simpanan hari tua.
Dalam musim pandemik ini, mungkin ada yang diberhentikan kerja dan mengambil inisiatif untuk bekerja sendiri seperti dengan mengusahakan perniagaan atau pekerjaan freelance.
Selain itu, ada juga yang membuat simpanan tetap di KWSP untuk hari tua melalui skim i-Saraan.
i-Saraan KWSP / Caruman Sendiri
Simpanan di KWSP ni walaupun sedikit, ia boleh membantu kita disiplin dan mencapai matlamat kewangan.
Selain daripada duit simpanan yang telah kita carumkan ini, kita juga boleh menikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan kita tadi.
Lagi kelebihan mencarum KWSP ini adalah kita boleh dapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM4,000. Malah, bantuan kematian sebanyak RM2,500 pun ada.
Jangan risau, tiada komitmen atau paksaan untuk menyimpan kerana tiada jumlah minimum yang diletakkan untuk mencarum!

Anda boleh rujuk info selanjutnya melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
Di sini kami kongsikan langkah-langkah carum KWSP sendiri yang ditunjukkan oleh Erni Abdul Rahman di Facebook.
Cara Carum KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri
Langkah-langkah nak carum EPF guna Maybank2u.
Carum Untuk diri sendiri boleh untuk orang lain pun boleh. Ini saya buat untuk diri sendiri.
Tapi sebelum tu sediakan dulu pastikan anda:
- Ada no ahli KWSP, nombor IC dan nama penuh.
- Ada Maybank2u
- Ada duit (tiada jumlah minimum, had maksimum pula ialah RM60,000 setahun)
Rujuk langkah di bawah untuk membuat caruman KWSP untuk diri sendiri.
LANGKAH 1
Pergi ke laman web maybank2u.com.my
(Gunakan website, jangan guna app).

LANGKAH 2
Klik menu Investment > EPF


LANGKAH 3
Isikan maklumat pencarum.


Boleh setkan as favourite terus.
Kalau ada penama lain / pekerja, boleh tambah lagi (tekan Add).

LANGKAH 4
Boleh mulakan mencarum (Self Contribution).


NOTA: JIKA DAH DAFTAR I-SARAAN / I-SURI BOLEH PILIH I-SARAAN / I-SURI KAT SITU OK
LANGKAH 5
Isikan amaun yang ingin dicarum.

LANGKAH 6
Buat bayaran.

Selesai!

Kredit : Erni Abdul Rahman
Untuk maklumat lanjut tentang caruman KWSP untuk diri sendiri (self-contribution), sila rujuk info di laman web KWSP melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/self-contribution
Baca juga: Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP