Program Bantuan Usahawan Wanita JPW 2021 : INSKEN, TEMANNITA & SWEET
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama beberapa agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan menawarkan inisiatif bimbingan, latihan dan peluang pembiayaan perniagaan kepada wanita yang berminat.
Inisiatif ini adalah bagi memberi lebih banyak peluang kepada kaum wanita untuk mendapat manfaat pembangunan kapasiti dalam bidang keusahawanan terutamanya bagi membantu wanita yang terkesan menjana pendapatan dalam keadaan pandemik ini.
Baca juga: Senarai Bantuan Ibu Tunggal & Surirumah Yang Dibuka Sepanjang Tahun
3 Jenis Program Yang Ditawarkan
Melalui kerjasama ini, sebanyak tiga (3) buah program ditawarkan sebagai inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai wanita menjana pendapatan melalui keusahawanan.
Program-program tersebut adalah seperti berikut;
1. Program latihan keusahawanan dan bimbingan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan dalam pelbagai jenis industri dan juga membantu wanita bumiputera yang berminat dalam dunia keusahawanan namun tidak mempunyai perniagaan secara khusus.
Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, sila layari pautan https://www.insken.gov.my/home/

2. Skim Pembiayaan TEMANNITA oleh Tekun Nasional (TEKUN)
Membantu usahawan wanita bumiputera mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan serta membantu dan membimbing usahawan melalui pembentukan sistem sokongan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, sila layari pautan https://www.tekun.gov.my/ms/pejabat-negeri/


3. Program Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET) oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Sebuah program yang dibina khas untuk golongan Wanita Bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan berkonsep Francais dan Pra-Francais.
Menawarkan pembiayaan dengan modal serendah 10% daripada keseluruhan pembiayaan (tertakluk kepada terma dan syarat).
Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, sila layari pautan https://www.pns.com.my/


Tarikh Akhir Permohonan Bantuan Usahawan Wanita JPW 2021
Borang ini hendaklah dilengkapkan sebelum atau pada 26 Februari 2021 (Jumaat).
Cara Permohonan
JPW mengalu-alukan pendaftaran kepada wanita yang berminat dengan cara mengisi borang yang disediakan melalui pautan https://tinyurl.com/PendaftaranUsahawanJPW
Rujukan kepada kriteria yang diperlukan adalah seperti dalam poster yang disertakan.
Pihak puan akan dihubungi untuk fasa seterusnya sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Baca juga: SPPP: Cara Daftar SSM Percuma Untuk Ibu Tunggal, Belia B40 & Pelajar
Maklumat Lanjut Tentang Program Bantuan Usahawan Wanita JPW 2021
Sehubungan dengan itu, JPW ingin menawarkan peluang keusahawanan ini kepada semua wanita yang berminat namun kelayakan mengikuti program adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh agensi – agensi.
Maklumat mengenai setiap program secara terperinci boleh diperolehi di laman Facebook JPW – https://www.facebook.com/JPWanita/.