PEMULIH : Bantuan RM500 Selama 3 Bulan Untuk OKU

PEMULIH : PERMOHONAN BANTUAN KHAS KEWANGAN OKU RM500 DIBUKA MULAI 19 JULAI HINGGA 6 OGOS 2021

Kerajaan memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, serta bukan dalam kalangan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berkata, inisiatif itu akan memanfaatkan seramai 20,000 individu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan jumlah peruntukan RM30 juta.

BANTUAN OKU rm500

Baca juga: i-Citra KWSP: Syarat & Cara Permohonan Mulai 15 Julai – 30 September 2021

Berikut dikongsikan maklumat terkini berkaitan cara permohonan Bantuan Khas Kewangan OKU PEMULIH RM500 yang telah dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Apakah Bantuan Khas Kewangan OKU PEMULIH?

Bantuan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU yang terkesan teruk akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.

Bantuan ini dikhaskan kepada bukan penerima Bantuan Bulanan JKM sebagai insentif kepada OKU yang produktif tetapi terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 selama hampir 1½ tahun.

bantuan khas oku pemulih

Tarikh Permohonan

Mulai 19 Julai 2021 hingga 6 Ogos 2021.

Kadar Bantuan

RM500 sebulan seorang setiap bulan untuk tempoh 3 bulan.

Syarat Kelayakan

  1. OKU yang berdaftar dengan JKM;
  2. OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja
  3. OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM;
  4. Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji; dan
  5. OKU yang bukan kakitangan kerajaan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan melalui beberapa kaedah seperti berikut:

KAEDAH 1 – GOOGLE FORM

  • Isi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) melalui Google Form yang terdapat di laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my

KAEDAH 2 – DROPBOX / E-MEL

  • Permohonan secara mengisi borang yang boleh dimuatturun daripada laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my (seperti dalam Lampiran A) dan dihantar ke PKMD / dimasukkan dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel [email protected]
  • Permohonan secara mengisi borang dan dihantar kepada pihak NGO untuk diserah kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel [email protected]

Setiap pemohon perlu muat naik (upload) atau sertakan dokumen
sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU;
  • Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif / slip berkaitan no akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitan

Semakan Kelulusan

Permohonan yang lengkap dan yang telah diluluskan akan diproses dalam masa 14 hari.

Sila rujuk e-mel untuk maklumbalas atau maklumat terkini di laman web JKM : https://www.jkm.gov.my/

Maklumat Lanjut

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: